Home | About Us | Activities | Promotions | Facebook | E-mail Us

Sunday, 13 October 2013

Peristiwa aneh di Minimall, Taman Indah Permai, Jalan Sepanggar, KK, Sabah.


Dah lebih 6 tahun aku berniaga disini. Kedai ku di Lot 16. Dulu pertaman kali aku sewa di Lot 13A tapi hanya setahun jer. Lepas tu aku berpindah ke Lot 16 kerana pintunya boleh terus keluar dan menghadap jalan.

Antara peristiwa seram yang pernah aku alami ialah pintu kedai aku tertutup sendiri walaupun tiada angin dan masa tu tiada orang lain, hanya aku seorang. Masa tu dah jam 9.00mlm. Peristiwa kedua ialah aku dengar tapak kaki orang berlari naik tangga ke tinggat atas. Bila aku intai tengok, tada ada orang, kucing pun tak kelihatan. 

Pernah sekali tu semasa aku sedang solat di tingkat atas, aku rasa seperti ada makmum yang ikut aku solat.

Aku juga pernah tercium bau yang sangat wangi semasa aku naik tingkat atas kedai aku untuk solat asar. Dan aku juga pernah tercium bau seperti bau kemenyan. 

Kejadian-kejadian aneh ini pada mulanya membuat aku sedikit takut tapi lama kelamaan aku dah biasa kerana aku percaya dimana-mana pun ada makhluk Allah yang kita tak nampak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...