Monday, 28 September 2015
Nelayan Tua...
Bersenandung merdu
Menandaskan kisah
Keluh kesah mencri nafkah
Yang berjuang tampa mengharap sedekah
Menerjang ombak menantang maut
Demi mendapat sekeranjang harta
Harta amis yang sangat berharga
Sebagai penyambung nyawa keluarga
Yang setia di peraduan
Senantiasa menunggu dan ber do'a
Untuk keselamatan dan kelencaran
Demi mereka engkau rela taruhkan nyawa
Mengharap semuanya
Senyum iklas membuatmu bahagia
Sang nelayan tua penakluk lautan
Sunday, 27 September 2015
Masakob waterfall - closed for renovation...
23/08/2015 - perjalanan dari Keningau ke KK melalui Tambunan. Singgah kat air terjun Masakob. Ditutup untuk penyelenggaraan. Tapi aku tgk macam tak ada kerja ubahsuai pon. Semak samun makin tinggi. Berhenti ambil gambar sajalah...
Hidung oh hidung....
Snap hidung my cat, Manja aka Richard Parker. Cian dia hari ni sbb terpaksa makan apa saja yg diberikan. Kibbles dia dah habis. Esok baru pergi beli. Hari ni hari Ahad. Kedai kucing tutup.
Ice lemon tea....
Kesukaanku... Masa pergi makan di Reflesia Chicken Hut di Karamunsing, KK. Snap pakai Samsung Note 3. Sesuai nak shoot gambar dekat sbb lebih jelas.
Saturday, 26 September 2015
Suatu malam di Anjung Selera, Teluk Likas.
Setting tah apa2 sbb lama tak godek setting manual nih. Ni la sbb lama tinggal. Ilmu dah hilang. Kena banyak tanya otai2 nih dan banyak buat latihan.
Tuesday, 22 September 2015
Friday, 24 July 2015
Beraya sakan di Perak dan Kedah.
Kami beraya sakan di Perak dan Kedah. Mulanya nak melawat mentua jer kat Ipoh, Perak. Masa nak balik, hari dah petang. Jadi kami ambil keputusan utk ke rumah mak sedara wife aku kat Baling, Kedah.
Esoknya kami ke rumah kawan adik ipar dan rumah sedara gak di Kroh, Perak. Dapat makan durian dan buah rambutan yg fresh dari pokok. Best...
Saturday, 11 July 2015
My home made Fettucine Carbonara
Iftar hari ni, 11 Julai 2015 dengan Fettucine Carbonara. Aku yang masak. Biasalah tu. Anak-anak dan zaujah aku suka makan.
Wednesday, 8 July 2015
Burger penyet dan hotdog dengan sos kari daging cincang.
7/7/2015 :
Aku cadang kat wife kami makan burger jer utk iftar. Lama aku tak buat burger. Wife releks jer. Aku masuk dapur. Hahaha....
Nasi goreng campak dan sup kaki ayam
8/7/2015 :
Masak untuk iftar. Aku masak nasi goreng sosej dan sup kaki ayam. Ingat nak masak nasi goreng cendawan tapi lupa ambil cendawan. Siap masak baru teringat kat cendawan.
Sup kaki ayam plak wife aku dah siapkan perencah sup dia. Aku hanya rebus kaku ayam tu lama2 kasi di betul2 lembut baru taruk perencah sup yg wife aku dan blander dan simpan dlm peti sejuk. Nak masak, ceduk satu sudu jer.