Berita kehilangan pesawat MH370 dari KL ke Baijing dah masuk hari ke 4 hari ni. Tapi masih tiada perkembangan terbaru mengenai penemuan sepihan atau bangkai kapal terbang. Kehilangan yang penuh misteri. Sampai bomoh pun digunakan dalam pencarian ini. Ish..sih...
Teringat plak yang setiap tahun kami sekeluarga sekurang-kurangnya naik kapal terbang 4 kali setahun ulang alik balik ke kampung di Kelantan menggunakan pesawat MAS. Ulang alik dari KK-KL dan dari KL-KB... Bila naik atau masuk je pesawat, aku baca ayat kursi dan pesang juga kat anak2 agar baca doa semasa naik kenderaan. Alhamdulillah, dah lebih 10 tahun dan memang setiap tahun kami naik kapal terbang, blom ada insiden yang tidak diingini berlaku.
Aku dan famili berdoa agar pesawat MH370 cepat2 dijumpai dan penumpang serta anak2 kapal selamat. Famili mereka pun dah semakin risau dan tak keruan menanti berita dari mereka.